Friday, 15 March 2013

Majlis Akikah Dan Cukur Jambul

Lepas je habis pantang, mama and ayah buat kenduri akikah n cukur jambul kat umah Atok/Opah. Mula-mula mama just nak wat akikah je,tapi Opah kata since 3 orang cucu die lahir bulan yang sama,alang-alang buat la sekali..~Haikal,Raif,Qisya~

Memang meriah giler lah majlis tu, ramai orang datang. Opah ada jemput anak-anak yatim lagi. Kita buat majlis ni pada 6 Nov 2010.Mama xsure ni dah lepas pantang ke belum..dah kot..hehehe.xsure.
Tapi kan..lepas dah buat akikah kat Qisya,mama rasa ada perubahan sikit la kat Qisya. Ye la sebelum tu Qisya ni jenis suka nangis tau..Asyik nak diangkat je..malam xnak tido.Sampai mama pun kadang-kadang naik stress. Tapi lepas akikah Qisya dah tak nangis2 dah..dah semakin ok..lebih bertenang..hahaha..

Tu la sebabnya kenapa kena buat akikah kerana akikah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:
-Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
-Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
-Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.
-Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
-Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.

WE LOVE EACH OTHER>>MUAHMUAHMUAH















No comments:

Post a Comment